Pages

Friday, November 15, 2013

My little world...

It is quite some time I haven't visit my blog... So many thing happens... But so lazy to write here... Have been doing some craft projects for my darlings... But preggy mummy book have to stop since I'm a little dizzy lately when mengadap laptop lama-lama.... I'll continue later when I'm feeling all well. Right now all updates are done trough my iPhone and iPod touch... Thank Allah all this old gadgets are still working although it have been serving us for more than 4 years... Memang tahan la although being thrown, drop, left in hot car for hours and being make as skate board by my son... Hahaha... 

Here's some picture of past events and projects done... :)

Eating at KFC for adik 2nd birthday



Kakak and her salad

Baby memory book

Baby Thor and his memory book

Adik and his (mama handcraft) felt burger

Happy faces eating Nutella

Home made beaf burger and burger

Home cooked chickenchop
Homecooked strawberry pancakes

Handmade card for ayah's birthday

Playing together in the car

Adik faces eating ice-cream

Kakak & Adik eating gear box... :)

The special tv chair...

Eating time and iPod tak dapat dipisahkan...

Tuesday, August 13, 2013

Jalan-jalan cari makan (part II)

Wwaarrggghhh... Lupa terus part 2 nyer cerita... Nak tulis sekarang dah abis motif nak tulis da... Huhuhu... Pape pon... Part 2 ni tak kemana pon... Just pergi Cmart jer... Jauh kan berjalan... Hehehe...


Ni gambar adik yang sangat teruja nak tolak teroli nie... Selalu kat Tesco jer... Masuk troli Mama sorong... :) kali nie ada bakul kecil yang boleh dia sorong... Seronok tak terkata... Part paling best tu... Sorong teroli terus pergi kat rak jual permainan... Pastu ambil bear paling besar dan masukkan dalam bakul... Pastu tersengeh-sengeh sambil kelip-kelip mata buat muka comel.... Haaiihh... Anak aku sorang nie. Dah kene pujuk simpan balik teddy bear besar tu... Tapi muka tak puas hati tak dapat beli bear. Sampai masuk kereta... Buat muka... Nasib baik la Mama lupa nak gi ambil free gift. Masuk balik... Pastu pujuk dengan beli penguin kecik nie seekor sorang... Barulah tersenyum lebar. 


Senyum bukan main lagi... Hai anak-anak macam-macam karenah korang kan... Aku tersenyum... 

Aidilfitri 2013

Raya tahun ni... Raya sedih... Huhuhu... Mak & ayah mertua dah tak der... Jadi kami raya Alor Setar jer tak balik kota bharu lagi. Adik-adik ipar pun tak der teman nak beraya... Adik kecik tak dapat cuti... Kakak (adik ipar perempuan) cuti 5 hari... 

Aktiviti kami raya kali ni... Raya kat rumah  bersama adik-adik ipar dan ziarah kubur. :)

    


Sehari sebelum raya kami pergi beli lemang dan biskut raya (anak-anak minta... Tapi tak makan pun tak sedap) susah kalau dah biasa Mama buat kuih raya nie... Kuih Mama gak yang sedap... Tapi Mama tak leh buat tahun nie... Nantila try buat dengan tangan plak... Jadi ker dok... Pastu malam tu masak rendang ayam sama gulai ayam... 

Tu jer la aktiviti kami... :) selamat hari raya semua!!!!

Friday, June 28, 2013

Jalan-jalan cari makanan... (Part I)


Jalan-jalan re-stok makanan dan bawa anak-anak berjalan makan angin... Hehehe... 

Dah lama tak kemana... Jadi kita treat diri dan famili berjalan makan angin sambil cari makanan...

Semalam, jalan pergi Tanjung Dawai cari keropok. Lama da tak makan keropok. Anak-anak hari-hari dok minta nak keropok. Terutama adik. Asal teringat jer, keropok... Celik mata jer, keropok. Bila mama kata, "tak de... dah habis". Muka mencuka... air mata meleleh... Cam ner tu?

Tetiba semalam ayah kata, "Jom mandi kita pergi beli keropok". Seronok tak ingat si adik. "Yea! Yea! Eli opok!", sambil lompat-lompat angkat tangan kedua-dua belah keliling ruang tamu. Alahai... adik...

Dalam perjalanan singgah sat kat pelan Semeling beli makanan sb dari pagi tak makan apa-apa... Banyak pula petang-petang nie gerai makanan di kiri & kanan jalan. Rata-rata menjual sate, cucuq pisang, martabak & nasi hujan panas. Ayah belikan sate & matabak... Murah dan besar sate kat sini. Secucuk hanya 3 kupang. Martabak pun murah hanya RM1.50 sebiji. Murah dan sedap... Habis 30 cucuk sate dan 5 biji murtabak kami 4 beranak makan dalam kereta. Tak sempat sampai pun Tanjung Dawai lagi. Hehehe... Masing-masing lapar. 


Sepanjang perjalanan tu banyak betul gerai menjual durian, rambutan, manggis, cempedak & buah stor. 

Destinasi diteruskan... Jauh lagi ni nak ke Tanjung Dawai... ;)

Akhir nya sampai... Singgah kedai keropok yang kami biasa, membeli keropok ikan & keropok isi ikan yang sangat digemari anak-anak.


Keropok isi ikan ni rangup & mudah pecah. Panjang-panjang anak-anak sangat suka... Rasanya nak lebih kurang double daker perisa ayam.

Ok... Dah nak balik... Dah beli dah keropok. Turun tangga... Dan lagi kene pau dek anak-anak2. Ni yang malas nak kuar rumah nie... Keluar mesti kene pau! Hehehe... Tak pe... Anak-anak punye pasal ok je lah... :) terbang lagi duit... 


Dalam perjalanan pulang singgah beli buah manggis kegemaran anak-anak. Pokok kat rumah arwah tok dah habis. :) murah-murah... Bagi aku yang agak jakun ni la... Dah lama tak membeli... 3 kg hanya RM10. Pastu ayah belikan buah kegemaran mama... Dah lama tak makan... Sebab mama je yang hantu durian... Ayah beli 3 biji... Pun aku rasa sangat murah. Harganya hanya RM3 per kg. Sebab dulu beli kat KL masa ngandung Balqis. Lama tak? Hehehe.. Dulu dok beli RM15 sepeket kalau musang king, kalau biasa RM10 untuk 2 peket kat Giant Bandar Puteri. Kalau tak, beli kat gerai tepi jalan tu RM7-9 per kg.

Pikir-pikir balik... Mana tak pokai dok KL. hehehe...

Hhhhmmm... Dalam perjalanan balik tu... Manggis makan dalam kereta da habis separuh... Punya la suka makan buah tu... :) singgah beli nasi hujan panas plak untuk makan malam. 

Anak-anak gembira dok main mainan baru kat belakang... Perut da kenyang... Happy la... Alhamdulillah selesai da hari nie... :)




Wednesday, June 26, 2013

Panas...

Cuaca panas, kering & berjerebu... Anak2 tak tahan panas... Mari kita rendam depa... Hehehe...


Indoor pool party... Jerebu lor... Mana bole main kat luar... Hehehe...

Friday, June 21, 2013

Late Birthday treat...

Sorry la sayang... Bukan mama lupa... Tapi ... Mama tetap sayang kami walau apa pun terjadi... Moga anak2 mama jadi anak yang baik dan berjaya... Since mama & ayah dah lama tak bawa anak2 mama makan KFC... Hari ni (18.06.2013) kita makan KFC... Sempena birthday adik walaupun dah lewat sepuluh hari... :)

Seronok tengok semua gembira... Tapi macam tak berbaloi pulak... Makan tak seberapa pun... Anak2 mama nie makan lagi semangat kalau makan masakan di rumah... Walaupun hanya telur dadar dengan toyu. :) kakak kenyang dengan mash potato... Adik ada kot ayam 2 ketul habis... :) 

Kalau pizza kakak memang makan sungguh.. Tapi adik pulak tak berapa lalu... McD pun macam tu... Kat KFC senang... Nasi ada, ayam ada,  burger ada... :)

Gelagat dua beradik tunggu ayam KFC dan makan KFC

Friday, June 07, 2013

Manggis lagi...

Adik pula hari ni yang beria-ria nak tengok buah manggis... Banyak buah dah masak. Dekat 6 biji... Tapi kita tunggu esok lah ye adik... Boleh dapat banyak sikit... :)

Kita "action" depan kamera jer dulu... Hehehehe... Nak tunjuk betapa reneknya pokok manggis nie...

Thursday, June 06, 2013

Manggis

Favourite kakak.... Buah purple dia panggil, masa dia umur 2-3 tahun... Sekarang dah kenal.... Buah manggis.... Pokok ni pun macam saja jer berbuah untuk dia... Pokoknya renek jer... Boleh petik dengan tangan jer... :)

Hari ni dapat makan lagi 3 biji... Oklah tu... Mana nak dapat kat kedai fresh cam nie... Petik & makan...

Gembira betul kakak bila pokok tu berbuah... Hari2 dia pergi intai buah dah besar ke belum... dah masak ke belum... Dah boleh makan ke belum... Banyak betul soalannya...

Adik pun suka makan buah manggis cuma ada musim... Kadang dia makan sungguh... Kadang dia tak makan dengan alasan masam... Padahal tak masam pun...

Ni ada gambar skit amik tadi...

Monday, June 03, 2013

Sedekah

Sekadar renungan dan ingatan untuk diri sendiri...

Surah 2. Al-Baqara, Verse 261:

مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ


Translation:
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.

Surah 2. Al-Baqara, Verse 262:

الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ثُمَّ لَا يُتْبِعُونَ مَا أَنفَقُوا مَنًّا وَلَا أَذًى لَّهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ


Translation:
Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (ugama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Surah 2. Al-Baqara, Verse 263:

قَوْلٌ مَّعْرُوفٌ وَمَغْفِرَةٌ خَيْرٌ مِّن صَدَقَةٍ يَتْبَعُهَا أَذًى وَاللَّهُ غَنِيٌّ حَلِيمٌ


Translation:
(Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati. Dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar.

Surah 2. Al-Baqara, Verse 264:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُبْطِلُوا صَدَقَاتِكُم بِالْمَنِّ وَالْأَذَىٰ كَالَّذِي يُنفِقُ مَالَهُ رِئَاءَ النَّاسِ وَلَا يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ صَفْوَانٍ عَلَيْهِ تُرَابٌ فَأَصَابَهُ وَابِلٌ فَتَرَكَهُ صَلْدًا لَّا يَقْدِرُونَ عَلَىٰ شَيْءٍ مِّمَّا كَسَبُوا وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ


Translation:
Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.

Surah 2. Al-Baqara, Verse 265:

وَمَثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ وَتَثْبِيتًا مِّنْ أَنفُسِهِمْ كَمَثَلِ جَنَّةٍ بِرَبْوَةٍ أَصَابَهَا وَابِلٌ فَآتَتْ أُكُلَهَا ضِعْفَيْنِ فَإِن لَّمْ يُصِبْهَا وَابِلٌ فَطَلٌّ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ


Translation:
Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan.

Surah 2. Al-Baqara, Verse 266:

أَيَوَدُّ أَحَدُكُمْ أَن تَكُونَ لَهُ جَنَّةٌ مِّن نَّخِيلٍ وَأَعْنَابٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ لَهُ فِيهَا مِن كُلِّ الثَّمَرَاتِ وَأَصَابَهُ الْكِبَرُ وَلَهُ ذُرِّيَّةٌ ضُعَفَاءُ فَأَصَابَهَا إِعْصَارٌ فِيهِ نَارٌ فَاحْتَرَقَتْ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الْآيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ


Translation:
Adakah seseorang di antara kamu suka mempunyai sebuah kebun dari pokok tamar (kurma) dan anggur, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, ia juga mempunyai dalam kebun itu segala jenis buah-buahan, sedang ia sudah tua dan mempunyai banyak anak cucu yang masih kecil, lalu kebun itu diserang oleh angin taufan yang membawa api sehingga terbakarlah ia ? Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu keterangan-keterangan, supaya kamu berfikir (dan mengambil iktibar).

Surah 2. Al-Baqara, Verse 267:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَنفِقُوا مِن طَيِّبَاتِ مَا كَسَبْتُمْ وَمِمَّا أَخْرَجْنَا لَكُم مِّنَ الْأَرْضِ وَلَا تَيَمَّمُوا الْخَبِيثَ مِنْهُ تُنفِقُونَ وَلَسْتُم بِآخِذِيهِ إِلَّا أَن تُغْمِضُوا فِيهِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٌ


Translation:
Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.

Surah 2. Al-Baqara, Verse 268:

الشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُم بِالْفَحْشَاءِ وَاللَّهُ يَعِدُكُم مَّغْفِرَةً مِّنْهُ وَفَضْلًا وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ


Translation:
Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.

Surah 2. Al-Baqara, Verse 269:

يُؤْتِي الْحِكْمَةَ مَن يَشَاءُ وَمَن يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ خَيْرًا كَثِيرًا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ


Translation:
Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.

Surah 2. Al-Baqara, Verse 270:

وَمَا أَنفَقْتُم مِّن نَّفَقَةٍ أَوْ نَذَرْتُم مِّن نَّذْرٍ فَإِنَّ اللَّهَ يَعْلَمُهُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنصَارٍ


Translation:
Dan (ketahuilah), apa sahaja yang kamu belanjakan (dermakan) atau apa sahaja yang kamu nazarkan maka sesungguhnya Allah mengetahuiNya dan (ingatlah), orang-orang yang zalim itu tidak ada sesiapa pun yang dapat menolongnya.


Surah 2. Al-Baqara, Verse 271:

إِن تُبْدُوا الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاءَ فَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّئَاتِكُمْ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ


Translation:
Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.


via iQuran

Kebun buah

kebun buah keliling Rumah jer pun... Hehehe... Pape pun pokok semua macam berterima kasih... Semua berbuah lebat... Walaupun hanya sekadar kemaskan dahan2 dan daun2. :)

Pokok manggis yang baru setinggi 2.5 meter kot... Tinggi sikit jer dari aku ni... Dah berbuah... Banyak pulak tu... Dua hari lalu (1.06.2013) dah petik 3 biji dan makan terus... Sedapnya...

Pokok cempedak ada 4 pokok... Semua berbuah... Sepohon ada lebih 20 biji buah.. Kembung perut kalau telan sendiri jer... :)

Ok ni gambar yang diambil petang semalam...



Monday, May 20, 2013

Baju china

Again about baju china.. But this time... Baju adik pula... Kakak pun dapat baju cheong Sam pink tapi x amik gambar... Nanti upload lain Kali plak...

Nie gambar adik... Orang nak amik gambar dia... Dia sibuk nak amik gambar orang... Dia nak dok dalam gambar... Tapi dia yang nak amik... Cam ner tu... Mama terpaksa lah... Pakai dua kamera... Hehehe


Sunday, May 19, 2013

karipap musallas

Mm... Singgah gerai kawan lama... Karipap gergasi... :) for my hubby ok katanya.. Tapi lagi best kalau makan set bersama dengan teh atau teh 'o' ais... Hehehe... Tu dia punya opinion... Aku punya opinion ... Oklah... But not my taste... :)

Monday, May 13, 2013

Motor....

This post is about adik again... He love sight seeing... He love to experience new things... He love bicycle... He likes motorcycle ...

Pantang nampak ayah naik motor. Pasti minta nak ikut... Kalau tak dapat pergi mama akan jadi mangsa... :) tak dapat pergi mama yang kene puk.

Kalau dapat naik... Ya Allah... Tak tahu nak gambar macam mana excited nya dia dapat naik... Happy to see him happy...

Another kegilaan adik adalah basikal. Pantang nampak basikal... Mesti sebut & tunjuk tak sudah sudah... Bole tido ngan gambar basikal pun ok... :) disebabkan ini lah kami bagi dia naik basikal kakak... Seronok bukan main lagi... Bila la nak bole beli basikal satu lagi... Nak beli tri-cycle macam membazir plak rasa... Hhmm... Moga ada rezeki untuk adik... :)



Sunday, May 12, 2013

Apple pie...

Banyak buah apple dalam peti ais yang dah kecut... Nak buang sayang... Nak makan... X larat nak makan sorang... Anak2 memilih... Tak sedap... Tak makan... Hehehe...

Tetiba teringat semula mengidam nak makan apple pie... Bila hubby bagi cadangan buat apple pie... Dan-dan kecur air liur... Hohoho...

Oleh itu... Ini lah hasil buat pertama kali buat apple pie... Goreng jer... :) sedap... For first time... Cuma kulit kurang rangup.. Kene try buat lagi... Apple filling dah ok sedapppp... Hehehe

Tapi pie nie dibuat ala-ala karipap... Macam-macam shape di request oleh anak dara nie... Square, triangle, round & heart shape...

Yang berjaya ambil gambar yang heart shape jer... Yang lain dah masuk perut... Hehehe


Tuesday, May 07, 2013

Seluar baru...

Ari nie Mama rajin... Siapkan 2 helai seluar panjang... Satu untuk kakak dan satu untuk adik... Plus kain untuk Mama... Hehehe... Laju pulak Mama jahit hari ini... Selalu slow banyak gangguan... Tapi ari nie bebudak tak kacau sangat... Elok jer main berdua... Tak gaduh2... Nie jer gambar yang sempat diambil...

Sunday, May 05, 2013

Colek pauh...

Brehi benar dengan buoh pauh putik... Hhmmm... Kakak sangat suka makan buah mangga putik. She loves masam... Kakak la kawan Mama bila nak makan makanan masam... Ayah dan adik memang tak makan la.... Hehehe....


Jalan-jalan

Hhmm... Adik... Sangat minat dengan menara... Asal naik kereta mesti cari menara... Kalau nampak. Tak henti henti cakap kat Mama... "Mama, menara...". Air muka tu sangat excited... Hehehe...

Oklah... Last few days... Ayah bawa pergi tengok menara...

When we were aproaching close to the tower... He was so excited... I don't know how to describe it... When we were there di kaki menara... Adik tak henti henti tengok menara diatas.. Tak berkelip. Jalan tu memang tak pandang bawah dah... Sampai beberapa kali tersepak, terlanggar dan hampir jatuh... Punya lah asyik tengok menara...

Mama nak ambil kenangan gambar diorang kat menara pun tak dapat... Later dah puas tengok menara... He is still very excited. Terlompat-lompat, berlari x sudah... Sangat gembira tengok anak-anak seronok. Walaupun x dapat naik menara... Dapat tengok dekat pun jadilah...

Terima kasih kerana memberiku merasai nikmat ini... :)

Monday, April 22, 2013

Clock pillow

Akhirnya, clock pillow siap juga. Kakak is so happy with it.



Sunday, April 21, 2013

Pillows & doll

Recent project.... Hhhhmmm making a doll for my daughter... Since last 2 year asking me to make one doll for her... Mama so biz with baby... Sorry dear... Only now I can make u one... :)

So because it's my act delaying your doll... I make one more pillow for you and one pillow clock for you to play with your brother.... Plus magnetic number for both of you play on our fridge... Hehehe

But the clock still in progress... X siap lagi....

Here are some pictures...













Saturday, April 06, 2013

New shoes...

Kasut dah ketat... Sat saja da besar bebudak nie... Adik baru ja rasa beli kasut belum sampai setahun da ketat.. Beli time raya tahun lepas x silap... Cepat betul... Alang-alang nak beli kasut adik... Belikan kakak sekali sebab dah dua tahun x tukar selipar... Da kecik tapi dia suka pakai selipar tu... Kasut raya ada tahun lepas belikan... Tadi pergi pun dia cari selipar yang sama... Tapi da x jual design yang sama... Jadi ini hasil pujukan... yang dipilih untuk dibeli....





Musim menuai....

Sesi menuai kembali... Walaupun musim sebelum nie bole kata x der rezeki... Buah penuh juga tapi, rezeki burung sb ulat. :) Kali ini alhamdulillah banyak buah, penuh sepohon... X larat makan sendiri... Sedekah jer kat orang kampung... Sebelum nie pun sama... Sapa nak datang la amik... Free jer... :)

Kami kait sikit jer... Tapi da x larat kutip... Length tangan... Penuh dah 2 balik besar... X nampak luar pon buah kat pokok... Hmmm... Siapa teringin nak makan Mai la buat lawat an segment area stok masih Ada... Hehehe... Buah dah masak, musim hujan pula tengah datang... Ni pun dah sedahan besar patah semalam sebab hujan lebat... Dapat gak sebaldi besar buahnya.... :)

Anak anak cukup gemar kutip buah nie... Sebab ambil terus kekoh jer... Manis plak tue... Dan-dan terasa kecur air liur teringat... Lagi plak makan cicoh ngan colek.... Hehehehe

Selamat menjamu mata melihat gambar... ;)