Pages

Thursday, November 27, 2014

Jalan-jalan menikmati alam...

Dua tiga hari ni... Kami jalan-jalan menikmati keindahan alam semulajadi. Selain ke Pantai Murni lunch picnic... Kami jalan-jalan kawasan sekitar... Macam-macam ada... Lembah Bujang, Rekreasi Sri Perigi,  Rekreasi Titi Hayun, Rekreasi Tupah dan Rekreasi Batu Hampar. Tapi Batu Hampar ni macam da lama terbiar dan tak terjaga... Fasiliti yang ada seperti pondok, titi, board-walk dah patah, reput tidak dibaiki.... 

Mula- mula kami ke Lembah Bujang. Dah pernah datang tahun lepas dan diorang pun masih ingat apa yang ada kat situ. Jadi kita buat aktiviti lain pula dari yang sebelum ini... Sebelum ini kita melawat museum batu dan batu-batu....


Kali ini ajak mereka main air pula... Pada awal nya semua x nak... Macam-macam tanya... Bole ke? Tak kotor ke? Ni air apa? Bagi pegang... Bagi rendam kaki... Main kat small stream... 


Lepas tu... Pantang nampak air... Nak masuk rendam kaki katanya... Pastu ajak masuk air ... Mandi... Mereka seronok tapi takut... Dan akhirnya jenuh ajak keluar... Tak nak balik... Dah mengigil dan biru pun tak nak keluar... Siap nangis2 lagi si abang tak nak balik, nak mandi lagi... Hehehe

Balik rumah & sepanjang perjalanan... Kakak tak habis2... "Mama, kenapa Balqis rasa bila Balqis jalan macam air tarik2?". First time mandi sungai... Mabuk kot fikir aku... :)

Dua hari selepas itu. Kami ke Pantai Murni picnic... + sambut birthday Kakak. 

Lepas tu jalan-jalan...

Titi Hayun: Ok... Nice spot for family picnic... Ramai orang ... Ada kedai, homestay dan chelet.


Sri Perigi: air terjun yang sangat cantik... Tapi tak sesuai untuk famili yang ada anak kecil macam kami... Ada homestay berdekatan.

Batu Hampar: sungai cantik tapi kawasan tak terjaga.


Tupah: sungai yang panjang dan spot picnic boleh pilih... Sebab sungai yang panjang dan selesa untuk famili berkelah dan mandi. 

Kami berhenti berehat dan main air.


Kakak hepi... Walaupun x de kek... :)