Saturday, April 06, 2013

New shoes...

Kasut dah ketat... Sat saja da besar bebudak nie... Adik baru ja rasa beli kasut belum sampai setahun da ketat.. Beli time raya tahun lepas x silap... Cepat betul... Alang-alang nak beli kasut adik... Belikan kakak sekali sebab dah dua tahun x tukar selipar... Da kecik tapi dia suka pakai selipar tu... Kasut raya ada tahun lepas belikan... Tadi pergi pun dia cari selipar yang sama... Tapi da x jual design yang sama... Jadi ini hasil pujukan... yang dipilih untuk dibeli....





Musim menuai....

Sesi menuai kembali... Walaupun musim sebelum nie bole kata x der rezeki... Buah penuh juga tapi, rezeki burung sb ulat. :) Kali ini alhamdulillah banyak buah, penuh sepohon... X larat makan sendiri... Sedekah jer kat orang kampung... Sebelum nie pun sama... Sapa nak datang la amik... Free jer... :)

Kami kait sikit jer... Tapi da x larat kutip... Length tangan... Penuh dah 2 balik besar... X nampak luar pon buah kat pokok... Hmmm... Siapa teringin nak makan Mai la buat lawat an segment area stok masih Ada... Hehehe... Buah dah masak, musim hujan pula tengah datang... Ni pun dah sedahan besar patah semalam sebab hujan lebat... Dapat gak sebaldi besar buahnya.... :)

Anak anak cukup gemar kutip buah nie... Sebab ambil terus kekoh jer... Manis plak tue... Dan-dan terasa kecur air liur teringat... Lagi plak makan cicoh ngan colek.... Hehehehe

Selamat menjamu mata melihat gambar... ;)









Monday, February 18, 2013

IOI Mall & LDP banjir?

Terkejut dengar berita... Mungkin sebab banyak sangat pokok telah ditebang dan perumahan & bangunan dibina... :) last banjir kat menara KH kat tepi sungai tu jer dulu... Tu pun sebelum highway LDP tu siap... Tahun 2003-2004 kot... Tapi masa tu Puchong masih banyak hutan... :)

Antara gambar banjir yang diperoleh dari encik Google













Friday, December 21, 2012

Daanish words till today

Up till today... Daanish dah boleh sebut banyak perkaraan walaupun telor.

Antaranya adalah:

Mama, ayah, tutu (susu), tatak (kakak), mimaus (mickey mouse), duduk, ayiek (tarik), dat (padat- referring to his diaper), neno (lena), ayir (air), oomen (oh man: macam swiper sebut dalam cerita Dora), doya (Dora), memot (remote), nak, ootools (oh toodles: Mickey Mouse club house), up, down, pengs (thanks), boboiboy, Yaya, Ying, pinpin (upin ipin), oya (bola), datuh (jatuh), edang (tendang), aanish (daanish), unduk (senduk) & dudu (sudu).

Dan daanish da boleh gabung perkataan untuk menjadikan ayat. Contoh: nak duduk (sambil tunjuk kerusi).

Jika dibandingkan dengan kakak, daanish memang lambat bercakap. Tapi trngokkan gayanya bukan tak tahu bercakap tapi Malas nak bercakap. Sebab bila suruh sebut dia sebut... Tapi bila nak communicate dia lebih prefer bahasa isyarat... Tunjuk kepada object dan buat lagak & bunyi. :)

Takpelah adik... Amik la masa lama mana adik nak... Mama tak nak paksa... Learn as you please... :)

Friday, December 14, 2012

Kisah-kisah hidup...

Hidup nie memang macam main catur... Kita hanya buah catur, hanya boleh merancang... Tapi yang menentukan hanya Allah.. Kita tidak punya apa-apa... Semuanya adalah milikNya...

Mudah untuk berkata-kata... Tapi yang memikul dan melaksanakannya adalah sangat berat... Macam kata bersabarlah... Memang sangat mudah. Tapi dapatkah kita bersabar jika kita diuji olehNya ... Tahap mana kita boleh bersabar? Mungkinkah kita dapat bersabar seperti sahabat atau nabi dalam mengharungi dugan dari Allah?

Kita mudah menyebut tawakkal... Tahukah kita ertinya yang sebenar? Betul-betul ker kita ber tawakkal sepunuhnya kepada Allah? Bagaimana yang di katakan bertawakkal?

Sentiasalah beringat bila kita susah, sentiasa ada yang lebih susah daripada kita... Dan bila kita berkemampuan janganlah melupakan mereka yang memerlukan... Janganlah kita memperlekehkan orang lain semata pada pandangan kita masalah dia hanya kecil. Tapi cuba letakkan diri dalam situasi mereka... Sanggupkah kita alami apa yang mereka alami...

Walaupun kita hanya bergaji RM500 sebulan... Tapi ingatlah di tanah air kita masih ada yang tidak bergaji pon... Makan pagi, kais pagi... Kadang kais hari ini... Belum tentu esok dapat makan... Bersyukurlah dengan apa yang ada... Ringankanlah tangan membantu mereka yang memerlukan... Carilah mereka, bukan tunggu sehingga mereka meminta.

Pandangan dan luahan perasaan samaada dalam bentuk lisan atau tulisan... Berhati-hatilah... Kerana ia boleh menimbulkan fitnah... Berfikirlah dahulu...

Kadang-kadang kita terlupa... Dalam melayan perasaan kita alpa... Tindakan kita mencederakan orang lain... Keegoan kita, penafian pada apa yang kita lihat membuatkan kita buta... Cubalah lihat dengan mata hati... Bukan hanya dengan mata kepala...

Lihat sekeliling... Amati alam Tuhan ... Pastinya ada pengajaran... Ilmu itu dimana-mana...

Salam pesanan untuk pembaca & diri sendiri.



Tuesday, October 30, 2012

Bag pack

lama betul x  upadate.... x der mood.... terlalu banyak yang terjadi.... biarlah ia pergi... masih mencari kekuatan dan semangat diri untuk meneruskan kehidupan dan menjaga yang tersayang.... masih mencari-cari jawapan kepada pesoalan yang timbul... masih teraba-raba mencari cahaya untuk membantu perjalanan... :) melalut plak.. hehehe.... anyway nie antara kerja terkini sejak "unemployed" and working as a mother... powerpuff girls bag pack... another one x siap lagi... :)



Monday, July 23, 2012

Tudung baru...

Hahaha... Actually bukan tudung baru pun... Tudung mama jer. Disebabkan, kakak bising nak pakai tudung nak kuar go tesco... Dan tudung dia da kecik... Mama terpaksala cari tudung yang sesuai diantara koleksi tudung2 mama tue... :) nie antara gambar kakak yang diambil tadi... :)

Tuesday, July 10, 2012

Part of our products

If you interested to any of our product. Please email us at farra.little.design@gmail.com

Thursday, June 07, 2012

Happy birthday, Daanish!!!

Happy 1st Birthday to my dear prince... Hope you will grow up healthy, happy & good khalifah with hati semulia Rasulullah. Cantik rupa & cantik juga tingkah-laku...

Monday, May 28, 2012

Daanish tooth

Danish now has 3 teeth. His first tooth (below left) came out on 19th April 2012. Second tooth (above right) on 16th May 2012. 3rd tooth (below left) on 24th May 2012.

Gigi nie da lama nak kuar tapi tak kuar2 dari gusi. Gusi dok terik jer... Tau tau gigi atas kuar dulu. Mungkin sebab gigi bawah kanan tu asah gusi atas tu kot.

Dulu balqis, gigi awal kuar & sgt skema... Heehe... Pada umur 6 bulan gigi bawah kuar 2 serentak. Lepas tu bila cukup umur 8 bulan, 2 gigi atas kuar serentak. Lepas 2 bulan lagi, 2 gigi bawah pula kuar. Lepas 2 bulan lagi 2 gigi atas pula kuar. Cukup 12 bulan da ada 8 batang gigi...

Daanish nie... Rasanya bila sambut harijadi dia yang pertama baru ada 4 putung kot... :)


Nie dikepilkan sekali carta pertumbuhan gigi susu untuk rujukan. 

Saturday, May 26, 2012

Baby cube

Cube @ dadu: ikut la nak panggil apa or nak macam mana... Sebagai hadiah atau untuk anak sendiri. Cube ni standard ABC, 123 & nama (6 huruf). Ia selamat untuk kanak-kanak, boleh dicuci & lembut. Tulisan adalah disulam. Kalau nak set pun bole... 1-10 @ A-Z. Nak letak loceng... Nak gantung kat beg sekolah... :) hehehe... Balqis & Daanish sgt suka sb bole baling2 dan tak sakit... Bole susun2....

Balqis & basikalnya

Akhirnya dapat juga sebuah basikal pink... :) lama da dia minta tapi x belikan pon sb basikal tu besar sangat dengan dia... :) semua gara2 tengok citer upin & ipin. Sekarang da tinggi da bole sampai nak kayuh... Bole la beli... Tu pun abis rendah da pasang. :) hehehe... Nie gambar balqis rehat minum air teh bunga, lepas seround pusing...

Saturday, May 05, 2012

Baby book

This book was made specially for Sarah's niece.  This book has four different animal pictures as per requested... Here are the pictures of the finished book.








If you like this book and want one for someone special. You can  email us for any query or to make order.  Thank you.

Sunday, April 22, 2012

Baby book

This book was made for my dear prince: Daanish







he love it so much.... and Daanish eats his book...


even his sister want one also... :) will make one for her later...




Friday, April 13, 2012

Photobook & Storybook

Photobook & storybook order are closed until further notice.

[FarraDesign]

Monday, March 26, 2012

FarraDesign Photography

Family potraiture outdoor, pre-natal potraiture, newborn potraiture, birthday party, aqiqah ceremony & cukur jambul.
For info please email us at farra.little.design@gmail.com
And visit us at http://farrafroggie.blogspot.com