Friday, June 21, 2013

Late Birthday treat...

Sorry la sayang... Bukan mama lupa... Tapi ... Mama tetap sayang kami walau apa pun terjadi... Moga anak2 mama jadi anak yang baik dan berjaya... Since mama & ayah dah lama tak bawa anak2 mama makan KFC... Hari ni (18.06.2013) kita makan KFC... Sempena birthday adik walaupun dah lewat sepuluh hari... :)

Seronok tengok semua gembira... Tapi macam tak berbaloi pulak... Makan tak seberapa pun... Anak2 mama nie makan lagi semangat kalau makan masakan di rumah... Walaupun hanya telur dadar dengan toyu. :) kakak kenyang dengan mash potato... Adik ada kot ayam 2 ketul habis... :) 

Kalau pizza kakak memang makan sungguh.. Tapi adik pulak tak berapa lalu... McD pun macam tu... Kat KFC senang... Nasi ada, ayam ada,  burger ada... :)

Gelagat dua beradik tunggu ayam KFC dan makan KFC

Friday, June 07, 2013

Manggis lagi...

Adik pula hari ni yang beria-ria nak tengok buah manggis... Banyak buah dah masak. Dekat 6 biji... Tapi kita tunggu esok lah ye adik... Boleh dapat banyak sikit... :)

Kita "action" depan kamera jer dulu... Hehehehe... Nak tunjuk betapa reneknya pokok manggis nie...

Thursday, June 06, 2013

Manggis

Favourite kakak.... Buah purple dia panggil, masa dia umur 2-3 tahun... Sekarang dah kenal.... Buah manggis.... Pokok ni pun macam saja jer berbuah untuk dia... Pokoknya renek jer... Boleh petik dengan tangan jer... :)

Hari ni dapat makan lagi 3 biji... Oklah tu... Mana nak dapat kat kedai fresh cam nie... Petik & makan...

Gembira betul kakak bila pokok tu berbuah... Hari2 dia pergi intai buah dah besar ke belum... dah masak ke belum... Dah boleh makan ke belum... Banyak betul soalannya...

Adik pun suka makan buah manggis cuma ada musim... Kadang dia makan sungguh... Kadang dia tak makan dengan alasan masam... Padahal tak masam pun...

Ni ada gambar skit amik tadi...

Monday, June 03, 2013

Sedekah

Sekadar renungan dan ingatan untuk diri sendiri...

Surah 2. Al-Baqara, Verse 261:

مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ


Translation:
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.

Surah 2. Al-Baqara, Verse 262:

الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ثُمَّ لَا يُتْبِعُونَ مَا أَنفَقُوا مَنًّا وَلَا أَذًى لَّهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ


Translation:
Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (ugama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Surah 2. Al-Baqara, Verse 263:

قَوْلٌ مَّعْرُوفٌ وَمَغْفِرَةٌ خَيْرٌ مِّن صَدَقَةٍ يَتْبَعُهَا أَذًى وَاللَّهُ غَنِيٌّ حَلِيمٌ


Translation:
(Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati. Dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar.

Surah 2. Al-Baqara, Verse 264:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُبْطِلُوا صَدَقَاتِكُم بِالْمَنِّ وَالْأَذَىٰ كَالَّذِي يُنفِقُ مَالَهُ رِئَاءَ النَّاسِ وَلَا يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ صَفْوَانٍ عَلَيْهِ تُرَابٌ فَأَصَابَهُ وَابِلٌ فَتَرَكَهُ صَلْدًا لَّا يَقْدِرُونَ عَلَىٰ شَيْءٍ مِّمَّا كَسَبُوا وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ


Translation:
Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.

Surah 2. Al-Baqara, Verse 265:

وَمَثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ وَتَثْبِيتًا مِّنْ أَنفُسِهِمْ كَمَثَلِ جَنَّةٍ بِرَبْوَةٍ أَصَابَهَا وَابِلٌ فَآتَتْ أُكُلَهَا ضِعْفَيْنِ فَإِن لَّمْ يُصِبْهَا وَابِلٌ فَطَلٌّ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ


Translation:
Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan.

Surah 2. Al-Baqara, Verse 266:

أَيَوَدُّ أَحَدُكُمْ أَن تَكُونَ لَهُ جَنَّةٌ مِّن نَّخِيلٍ وَأَعْنَابٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ لَهُ فِيهَا مِن كُلِّ الثَّمَرَاتِ وَأَصَابَهُ الْكِبَرُ وَلَهُ ذُرِّيَّةٌ ضُعَفَاءُ فَأَصَابَهَا إِعْصَارٌ فِيهِ نَارٌ فَاحْتَرَقَتْ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الْآيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ


Translation:
Adakah seseorang di antara kamu suka mempunyai sebuah kebun dari pokok tamar (kurma) dan anggur, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, ia juga mempunyai dalam kebun itu segala jenis buah-buahan, sedang ia sudah tua dan mempunyai banyak anak cucu yang masih kecil, lalu kebun itu diserang oleh angin taufan yang membawa api sehingga terbakarlah ia ? Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu keterangan-keterangan, supaya kamu berfikir (dan mengambil iktibar).

Surah 2. Al-Baqara, Verse 267:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَنفِقُوا مِن طَيِّبَاتِ مَا كَسَبْتُمْ وَمِمَّا أَخْرَجْنَا لَكُم مِّنَ الْأَرْضِ وَلَا تَيَمَّمُوا الْخَبِيثَ مِنْهُ تُنفِقُونَ وَلَسْتُم بِآخِذِيهِ إِلَّا أَن تُغْمِضُوا فِيهِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٌ


Translation:
Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.

Surah 2. Al-Baqara, Verse 268:

الشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُم بِالْفَحْشَاءِ وَاللَّهُ يَعِدُكُم مَّغْفِرَةً مِّنْهُ وَفَضْلًا وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ


Translation:
Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.

Surah 2. Al-Baqara, Verse 269:

يُؤْتِي الْحِكْمَةَ مَن يَشَاءُ وَمَن يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ خَيْرًا كَثِيرًا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ


Translation:
Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.

Surah 2. Al-Baqara, Verse 270:

وَمَا أَنفَقْتُم مِّن نَّفَقَةٍ أَوْ نَذَرْتُم مِّن نَّذْرٍ فَإِنَّ اللَّهَ يَعْلَمُهُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنصَارٍ


Translation:
Dan (ketahuilah), apa sahaja yang kamu belanjakan (dermakan) atau apa sahaja yang kamu nazarkan maka sesungguhnya Allah mengetahuiNya dan (ingatlah), orang-orang yang zalim itu tidak ada sesiapa pun yang dapat menolongnya.


Surah 2. Al-Baqara, Verse 271:

إِن تُبْدُوا الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاءَ فَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّئَاتِكُمْ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ


Translation:
Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.


via iQuran

Kebun buah

kebun buah keliling Rumah jer pun... Hehehe... Pape pun pokok semua macam berterima kasih... Semua berbuah lebat... Walaupun hanya sekadar kemaskan dahan2 dan daun2. :)

Pokok manggis yang baru setinggi 2.5 meter kot... Tinggi sikit jer dari aku ni... Dah berbuah... Banyak pulak tu... Dua hari lalu (1.06.2013) dah petik 3 biji dan makan terus... Sedapnya...

Pokok cempedak ada 4 pokok... Semua berbuah... Sepohon ada lebih 20 biji buah.. Kembung perut kalau telan sendiri jer... :)

Ok ni gambar yang diambil petang semalam...



Monday, May 20, 2013

Baju china

Again about baju china.. But this time... Baju adik pula... Kakak pun dapat baju cheong Sam pink tapi x amik gambar... Nanti upload lain Kali plak...

Nie gambar adik... Orang nak amik gambar dia... Dia sibuk nak amik gambar orang... Dia nak dok dalam gambar... Tapi dia yang nak amik... Cam ner tu... Mama terpaksa lah... Pakai dua kamera... Hehehe


Sunday, May 19, 2013

karipap musallas

Mm... Singgah gerai kawan lama... Karipap gergasi... :) for my hubby ok katanya.. Tapi lagi best kalau makan set bersama dengan teh atau teh 'o' ais... Hehehe... Tu dia punya opinion... Aku punya opinion ... Oklah... But not my taste... :)

Monday, May 13, 2013

Motor....

This post is about adik again... He love sight seeing... He love to experience new things... He love bicycle... He likes motorcycle ...

Pantang nampak ayah naik motor. Pasti minta nak ikut... Kalau tak dapat pergi mama akan jadi mangsa... :) tak dapat pergi mama yang kene puk.

Kalau dapat naik... Ya Allah... Tak tahu nak gambar macam mana excited nya dia dapat naik... Happy to see him happy...

Another kegilaan adik adalah basikal. Pantang nampak basikal... Mesti sebut & tunjuk tak sudah sudah... Bole tido ngan gambar basikal pun ok... :) disebabkan ini lah kami bagi dia naik basikal kakak... Seronok bukan main lagi... Bila la nak bole beli basikal satu lagi... Nak beli tri-cycle macam membazir plak rasa... Hhmm... Moga ada rezeki untuk adik... :)



Sunday, May 12, 2013

Apple pie...

Banyak buah apple dalam peti ais yang dah kecut... Nak buang sayang... Nak makan... X larat nak makan sorang... Anak2 memilih... Tak sedap... Tak makan... Hehehe...

Tetiba teringat semula mengidam nak makan apple pie... Bila hubby bagi cadangan buat apple pie... Dan-dan kecur air liur... Hohoho...

Oleh itu... Ini lah hasil buat pertama kali buat apple pie... Goreng jer... :) sedap... For first time... Cuma kulit kurang rangup.. Kene try buat lagi... Apple filling dah ok sedapppp... Hehehe

Tapi pie nie dibuat ala-ala karipap... Macam-macam shape di request oleh anak dara nie... Square, triangle, round & heart shape...

Yang berjaya ambil gambar yang heart shape jer... Yang lain dah masuk perut... Hehehe


Tuesday, May 07, 2013

Seluar baru...

Ari nie Mama rajin... Siapkan 2 helai seluar panjang... Satu untuk kakak dan satu untuk adik... Plus kain untuk Mama... Hehehe... Laju pulak Mama jahit hari ini... Selalu slow banyak gangguan... Tapi ari nie bebudak tak kacau sangat... Elok jer main berdua... Tak gaduh2... Nie jer gambar yang sempat diambil...

Sunday, May 05, 2013

Colek pauh...

Brehi benar dengan buoh pauh putik... Hhmmm... Kakak sangat suka makan buah mangga putik. She loves masam... Kakak la kawan Mama bila nak makan makanan masam... Ayah dan adik memang tak makan la.... Hehehe....


Jalan-jalan

Hhmm... Adik... Sangat minat dengan menara... Asal naik kereta mesti cari menara... Kalau nampak. Tak henti henti cakap kat Mama... "Mama, menara...". Air muka tu sangat excited... Hehehe...

Oklah... Last few days... Ayah bawa pergi tengok menara...

When we were aproaching close to the tower... He was so excited... I don't know how to describe it... When we were there di kaki menara... Adik tak henti henti tengok menara diatas.. Tak berkelip. Jalan tu memang tak pandang bawah dah... Sampai beberapa kali tersepak, terlanggar dan hampir jatuh... Punya lah asyik tengok menara...

Mama nak ambil kenangan gambar diorang kat menara pun tak dapat... Later dah puas tengok menara... He is still very excited. Terlompat-lompat, berlari x sudah... Sangat gembira tengok anak-anak seronok. Walaupun x dapat naik menara... Dapat tengok dekat pun jadilah...

Terima kasih kerana memberiku merasai nikmat ini... :)

Monday, April 22, 2013

Clock pillow

Akhirnya, clock pillow siap juga. Kakak is so happy with it.



Sunday, April 21, 2013

Pillows & doll

Recent project.... Hhhhmmm making a doll for my daughter... Since last 2 year asking me to make one doll for her... Mama so biz with baby... Sorry dear... Only now I can make u one... :)

So because it's my act delaying your doll... I make one more pillow for you and one pillow clock for you to play with your brother.... Plus magnetic number for both of you play on our fridge... Hehehe

But the clock still in progress... X siap lagi....

Here are some pictures...













Saturday, April 06, 2013

New shoes...

Kasut dah ketat... Sat saja da besar bebudak nie... Adik baru ja rasa beli kasut belum sampai setahun da ketat.. Beli time raya tahun lepas x silap... Cepat betul... Alang-alang nak beli kasut adik... Belikan kakak sekali sebab dah dua tahun x tukar selipar... Da kecik tapi dia suka pakai selipar tu... Kasut raya ada tahun lepas belikan... Tadi pergi pun dia cari selipar yang sama... Tapi da x jual design yang sama... Jadi ini hasil pujukan... yang dipilih untuk dibeli....





Musim menuai....

Sesi menuai kembali... Walaupun musim sebelum nie bole kata x der rezeki... Buah penuh juga tapi, rezeki burung sb ulat. :) Kali ini alhamdulillah banyak buah, penuh sepohon... X larat makan sendiri... Sedekah jer kat orang kampung... Sebelum nie pun sama... Sapa nak datang la amik... Free jer... :)

Kami kait sikit jer... Tapi da x larat kutip... Length tangan... Penuh dah 2 balik besar... X nampak luar pon buah kat pokok... Hmmm... Siapa teringin nak makan Mai la buat lawat an segment area stok masih Ada... Hehehe... Buah dah masak, musim hujan pula tengah datang... Ni pun dah sedahan besar patah semalam sebab hujan lebat... Dapat gak sebaldi besar buahnya.... :)

Anak anak cukup gemar kutip buah nie... Sebab ambil terus kekoh jer... Manis plak tue... Dan-dan terasa kecur air liur teringat... Lagi plak makan cicoh ngan colek.... Hehehehe

Selamat menjamu mata melihat gambar... ;)









Monday, February 18, 2013

IOI Mall & LDP banjir?

Terkejut dengar berita... Mungkin sebab banyak sangat pokok telah ditebang dan perumahan & bangunan dibina... :) last banjir kat menara KH kat tepi sungai tu jer dulu... Tu pun sebelum highway LDP tu siap... Tahun 2003-2004 kot... Tapi masa tu Puchong masih banyak hutan... :)

Antara gambar banjir yang diperoleh dari encik Google













Friday, December 21, 2012

Daanish words till today

Up till today... Daanish dah boleh sebut banyak perkaraan walaupun telor.

Antaranya adalah:

Mama, ayah, tutu (susu), tatak (kakak), mimaus (mickey mouse), duduk, ayiek (tarik), dat (padat- referring to his diaper), neno (lena), ayir (air), oomen (oh man: macam swiper sebut dalam cerita Dora), doya (Dora), memot (remote), nak, ootools (oh toodles: Mickey Mouse club house), up, down, pengs (thanks), boboiboy, Yaya, Ying, pinpin (upin ipin), oya (bola), datuh (jatuh), edang (tendang), aanish (daanish), unduk (senduk) & dudu (sudu).

Dan daanish da boleh gabung perkataan untuk menjadikan ayat. Contoh: nak duduk (sambil tunjuk kerusi).

Jika dibandingkan dengan kakak, daanish memang lambat bercakap. Tapi trngokkan gayanya bukan tak tahu bercakap tapi Malas nak bercakap. Sebab bila suruh sebut dia sebut... Tapi bila nak communicate dia lebih prefer bahasa isyarat... Tunjuk kepada object dan buat lagak & bunyi. :)

Takpelah adik... Amik la masa lama mana adik nak... Mama tak nak paksa... Learn as you please... :)

Friday, December 14, 2012

Kisah-kisah hidup...

Hidup nie memang macam main catur... Kita hanya buah catur, hanya boleh merancang... Tapi yang menentukan hanya Allah.. Kita tidak punya apa-apa... Semuanya adalah milikNya...

Mudah untuk berkata-kata... Tapi yang memikul dan melaksanakannya adalah sangat berat... Macam kata bersabarlah... Memang sangat mudah. Tapi dapatkah kita bersabar jika kita diuji olehNya ... Tahap mana kita boleh bersabar? Mungkinkah kita dapat bersabar seperti sahabat atau nabi dalam mengharungi dugan dari Allah?

Kita mudah menyebut tawakkal... Tahukah kita ertinya yang sebenar? Betul-betul ker kita ber tawakkal sepunuhnya kepada Allah? Bagaimana yang di katakan bertawakkal?

Sentiasalah beringat bila kita susah, sentiasa ada yang lebih susah daripada kita... Dan bila kita berkemampuan janganlah melupakan mereka yang memerlukan... Janganlah kita memperlekehkan orang lain semata pada pandangan kita masalah dia hanya kecil. Tapi cuba letakkan diri dalam situasi mereka... Sanggupkah kita alami apa yang mereka alami...

Walaupun kita hanya bergaji RM500 sebulan... Tapi ingatlah di tanah air kita masih ada yang tidak bergaji pon... Makan pagi, kais pagi... Kadang kais hari ini... Belum tentu esok dapat makan... Bersyukurlah dengan apa yang ada... Ringankanlah tangan membantu mereka yang memerlukan... Carilah mereka, bukan tunggu sehingga mereka meminta.

Pandangan dan luahan perasaan samaada dalam bentuk lisan atau tulisan... Berhati-hatilah... Kerana ia boleh menimbulkan fitnah... Berfikirlah dahulu...

Kadang-kadang kita terlupa... Dalam melayan perasaan kita alpa... Tindakan kita mencederakan orang lain... Keegoan kita, penafian pada apa yang kita lihat membuatkan kita buta... Cubalah lihat dengan mata hati... Bukan hanya dengan mata kepala...

Lihat sekeliling... Amati alam Tuhan ... Pastinya ada pengajaran... Ilmu itu dimana-mana...

Salam pesanan untuk pembaca & diri sendiri.



Tuesday, October 30, 2012

Bag pack

lama betul x  upadate.... x der mood.... terlalu banyak yang terjadi.... biarlah ia pergi... masih mencari kekuatan dan semangat diri untuk meneruskan kehidupan dan menjaga yang tersayang.... masih mencari-cari jawapan kepada pesoalan yang timbul... masih teraba-raba mencari cahaya untuk membantu perjalanan... :) melalut plak.. hehehe.... anyway nie antara kerja terkini sejak "unemployed" and working as a mother... powerpuff girls bag pack... another one x siap lagi... :)