Monday, September 12, 2011

Resepi menu hari ini


Bagi memenuhi permintaan dari rakan-rakan dan juga kepada yang berminat untuk mencuba... Disini saya kongsikan Resepi bagi menu hari ini.

Resepi Ayam masak merah

Bahan-bahan:
Sedikit halia
1-2 batang serai
2 biji Bawang besar
3-4 biji Bawang merah
4-5 biji Cili kering (ikut citarasa kalau nak pedas letak lebih)
1/2 ekor Ayam
Sos tomato
Serbuk kunyit
Minyak masak
Gula
Garam

Cara-cara:
1. Rebus cili kering sehingga lembut.
2. Kisar bawang merah, bawang besar, halia, serai & cili kering tadi sehingga hancur.
3. Panaskan minyak didalam kuali. Tunggu sehingga minyak panas. Masukkan bahan yang dikisar tadi.
4. Masak sehingga cili masak... Masukkan sedikit sos tomato. Iaitu rasa pahit hilang... Atau cili tu berubah warna pekat. Tambahkan air secukup rasa... Ikut rasa masing2 la nak kuah cair atau pekat. Tambahkan gula & garam secukup rasa.
5. Sementara menunggu kuah tadi masak.. Gorengkan ayam dengan kunyit & garam.
6. Bila kuah dah masak. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Tunggu sehingga agak2 kuah da meresap masuk kedalam ayam goreng tadi.
7. Dah siap... Bole da dihidangkan.

*Kalau nak rasa berlemak campurkan susu cair.


Resepi Dalca

Bahan-bahan:
Bunga cengkih
Bunga lawang
Kulit kayu manis
Bawang merah
Kacang dhal
Daging @ ayam
Terung
Lobak merah
Potato @ ubi kentang
Serbuk kari daging
Santan @ susu sejat

Cara-cara:
1. Rebuskan kacang dal sehingga lembut.
2. Panaskan minyak dan tumis bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis sehingga naik bau. masukkan bawang merah yang telah dihiris halus.
3. Setelah kekuningan masukkan serbuk kari. Tumis sehingga masak dan masukkan santan @ susu.
4. Masukkan sesikit air. Masukkan daging @ ayam. Rebus sehingga lembut.
5. Masukkan santan @ susu secukupnya (berpadananan dengan jumlah sebuk kari yang dimasukkan. Warnanya tidak pekat dan tidak terlalu putih). Kacau sehingga santan betul2 masak tapi jangan sehingga pecah minyak.
6. Masukkan semua sayur-sayuran dan ubi mengikut urutan (yang mudah lembut dikemudiankan). Jika perlu tambahkan air. Masukkan garam & gula secukup rasa.
7. Tunggu sehingga semua lembut dan selepas itu boleh la dihidangkan.


Resepi Dalca ekspress

Bahan-bahan:
Kacang dhal
Daging @ ayam
Terung
Lobak merah
Potato @ ubi kentang
Serbuk kari daging
Santan @ susu sejat

Cara-cara:
1. Rebus kacang dal hingga lembut. Kalau nak guna daging masukkan jer sekali supaya cepat lembut.
2. masukkan serbuk kari. Rebus daging & dal dalam kari sehingga lembut.
3. Masukkan santan @ susu secukupnya (berpadananan dengan jumlah sebuk kari yang dimasukkan. Warnanya tidak pekat dan tidak terlalu putih). Kacau sehingga santan betul2 masak tapi jangan sehingga pecah minyak.
4. Masukkan semua sayur-sayuran dan ubi mengikut urutan (yang mudah lembut dikemudiankan). Jika perlu tambahkan air. Masukkan garam & gula secukup rasa.
5. Tunggu sehingga semua lembut dan selepas itu boleh la dihidangkan.


Resepi Nasi tomato

Bahan-bahan:
Beras
Tomato purée
Planta
Bunga cengkih
Bunga lawang
Kulit kayu manis
Susu sejat
Gula
Garam

Cara-cara:
1. Panaskan periuk & masukkan planta. Setelah panas.
2. Tumiskan bunga cengkih, bunga lawang & kulit kayu manis sehingga naik bau.
3. Masukkan sedikit air.
4. Masukkan tomato purée mengikut jumlah beras yang akan dimasak (cukup untuk memerahkan nasi)
5. Masukkan susu secukupnya & air mengikut sukatan. (1 pot beras = 1 pot air).
6. Tunggu hingga mendidih. Masukkan beras yang telah dicuci.
7. Tunggu hingga masak.

maaflah yer kalau resepi ni x der amount bahan-bahan... Sebab kami masak main agak2 dan rasa2 jer... Tulah yang kami buat setiap kali masak... :) "kami" = me + hubby

My hubby nie memang suka masak so susahla nak larang dia dari masuk dapur kecuali memang dia rasa malas nak masak that day. Tambahan plak his wife nie not a good cook lagi... :) itu yang best tu time masak kami masak sama-sama... Actually anything we do... We will do it together.. Kalau bole bebudak nie masuk sekali... Kitaorang join kan diorang sekali... Macam time buat kuih raya... Semua take part. And usually everytime kitaorang masak. Balqis is yang tukang test rasa... Sedap or not. Seronokkan? Hope what we did now will last forever... Amin.

No comments: